Saturday, January 29, 2011

hujan o hujan

assalamualaikum

selamat bertemu lagi, maaf lama tak ke udara, ada sibuk sikit ngan kerja hakiki, kalau dah pencen
alangkah leganya, tak ada tekanan dan arahan, walaubagaimanapun itu semua adalah tanggungjawab
yang perlu dilaksanakan.Kwn hari sabtu/ahad x dapat nak sambung projek, hujan turun x henti2
nak bagi makan ayam itik pun kena pakai payung, Alhamdulillah semua nya ternakan hidup, Itik ada 25 ekor
tunggu nak telur aja, ayam ada tengah membesar ada baru menetas, mudah2an hiduplah semuanya. Kita
hanya merancang tuhan yang menntukan. hingga jumpa lagi

Friday, January 28, 2011

Tuesday, December 21, 2010

ProseS RebaN Part 1:TarikH 20.11.10

kawan hanye akan bagi gambar sahaja:









16 dis 2010

pde 16 dis 2010,kawan telah mempunyai 25 ekor itik,4 ekor ayam dewasa dan 1 ekor anak ayam,
reban yg kawan buat juga sudah siap,semalam kawan telah membeli 2 ekor ayam dewasa,sekor ayam jantan
dan seekor ayam betina,
sekian,ini sahaja yg dapat kawan kongsi,
disini kawan selitkan beberapa gambar...





Wednesday, November 17, 2010

raya haji yang bercampur baur

assalamualaikum
Selamat menyambut hari raya haji, mesjid tempat kwn tumbangkan 4 ekor lembu, ada sekor tu garang macam baru balik dari spain berlawan dengan matador. nasib baik kwn x kena tanduk. 6 orang duduk atas badan dia
selamba aja dia lambung. Seronok gotong royong macam tu. yang x seronok kwn kena sakit mata, rasa mcm nak terkeluar biji mata, sabor ajalah.Kalau dapat mc besok boleh lah bancuh simen letak konrete kat tiap tiang
pastu ada member nak bagi pagar murah2. mudaha2an ada lagi

sekian jumpalagi

Tuesday, November 16, 2010

baru nak memagar

Assalamuaikum
kwn betulkan pagar dulu yang macam abu nawas, atas ada jaring bwh boleh bobos. Tiang pagar tu panjang 7 kaki jadi kwn tanam sekaki kt tanah dan bakimya 6 kaki untuk pagar brc 4 kaki dan yang lain kwn nak concrete
ngan simen. Banyak juga modalnya untuk tiang dan conrete simen, tu belum modal utk reban.Nasib baik kwn dapat zing buruk rumak bapak kwn dah safe sikit, Tak pernah kerja berat,selalu cuma menulis ngan menaip kat komputer jadi lepak juga tapi seronok keluar peluh.

Ok jumpa lagi lain masa njalok pamitan

Friday, November 12, 2010

kursus penternakan ayam kampung komersial

asssalamualaikum
kwn baru balik dari kursus kat mesjid tanah ngan yahya (driver pejabat), banyak juga yang kwn belajar
dan yang dapat kwn masuk kepala otak mungkin 60 persen, nak kena studi dan mungkin lebih pada praktikal
baru kita benar-benar arif tentang ayam. Kalau orang tua dulu-dulu suruh kita duduk dgn ayam sampai bau kita
sama macam ayam. he he.
kwn belajar dari ayam bertelur, hinggalah telur jadi ayam dan ayam tu bertelur balik, macam-macam konsep
cara dan kaedah di tunjukan untuk kefahaman pelajar. kwn jumpa ramai rakan seperjuangan dari seluruh
semenanjung, ada yang dah ada peliharaam dan ada yang macam kwn belum ada apa2. Tapi masing2 ada matlamat dan impian, jadi mari kita sama2 berdoa semoga impian jadi kenyataan, amin, himgga jumpa lagi